munajat seorang hamba  

Posted by azheazam

a song touched my heart today... betapa agungnya kuasa Tuhan,
masih boleh lagi menerima hambaNya yang tak pernah lekang dari melakukan dosa..
sekiranya hambaNya ingin kembali..

~~~~~~~~~
Munajat Seorang Hamba
Artist: Hijjaz
Album: Cahya Ilahi
Song Category: Nasyid

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

~~~~~~~

aku selalu rasa macam ni, diterima ke amalan aku, usaha aku.. sebab aku dah banyak buat silap..
tapi.. syurga dan neraka tu kan Allah yang punya.. hanya DIA yang boleh tentukan ke mana akhirnya kita.. dan aku yakin pada kasih dan cintaNYA...
tetapkan hati ku kepadaMU Ya Allah...


i add this song and some few others in my imeem list,
h.a.p.p.y LISTENING!!

adios,
xoxo

This entry was posted on Saturday, September 06, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments