finally..  

Posted by azheazam

akhirnya.. dah nak sampai pun, hari last bekerja sebelum cuti beraya.. ho yeah ho yeah!!!

i went for a niosh-osfam safety course today, the one that i've been avoiding for a year.. and was already out-of-excuses-not-to-go.. the course was nothing scary or what so ever, im just plain lazy, my brain shut down automatically for any events academically over this last few years..
senang cakap, aku malas yang AMAT, ya ampun...

dah abes pun, tammat sudah.. harapnye aku lulus le ujian tu, i dont want to be near any test again until renewal time 2 years ahead!! except test HIV nak kawin tu, haa tat i like!!!!

went for breakfast at Damai last nite, followed by pool and table tennis matches between the guys, the girls went around the hotel compound, taking piccies, me? slouched over the couch, too lazy to move my butt, ahahahaahaha..

later that nite, we went to the "haunted mansion" yang tobat aku takkan gi kalau bukan bulan pose, untuk main merocun.. cantik.. akak suka.. eventhough sakit pale dongak, tapi akak suka jugak.. (baca "akak" ala² sengau, baru ko tau betapa sukanya aku, ahahahaah)

dah nak raya pun ni, pas ni tak ada ke masa nye aku nak update2 blog sampai raya ni, melengking sore mak aku naik ke langit, keje banyak dooooo.. ni ler, jadik anak pompuan belum kawin, akak ipar aku tengah lembek muntah² bawak budak, along raya rumah mentua, sape yang tinggal.. akak jugak...takpe.. aku redha.. (bukan susah pun nak rebus ketupat ngan lemang segera, wakakakaka)

oleh itu, selamat hari raya aidilfitri to all, maaf setulus²nya.. apa saje, harap dimaafkan..
be extra careful on the road and anywhere.. to maintain the happy festive mood among loved ones.. makan la banyak², yang gemuk ko bukan aku.. ahahahahahahah

dalam suka ni, mesti ada yang sedih kan, sebab tu kita tak bleh suka sangat², kena man-man, sedih pun tak bleh sedih sangat, kena bawak bersabar.. wasatiah.. sifat mahmudah ni.. tak tau apa? tengok le balik buku Pendidikan Islam sekolah menengah dulu, dah tak ada? aku ada fon num ustazah umi, amek kat farina ritu, ada berani?? ahahahahahha..

tata titi tutu chow sin ci

adios,
xoxo

its been a while  

Posted by azheazam

salam.,

its been a while dah since i last updated, and a few interesting events had occured during last week.. besides the normal break-fast event here and there.. there's this one particular occasion yang meninggalkan sedikit kesan di hati.. membuatkan aku rasa bertuah nye duduk di bumi Malaysia yang diberkati.. patriotik la kan.. tak salah pun, aku bukan PATI, ehehehehh...

simple je apa yang berlaku, temankan abang for a hair cut, at a small, simple and traditional barber shop... is to be expected since kat ramunia ni, all things traditional seems preserved.. and i began to appreciate that.. the shop owner is a chinese man, which happened to be a relatives to abang who do have chinese ancestors..since there was no other customer in the shop, we did have a small talk, he introduced me as his fiancee, (like music to my ears., :p) and etc.etc.
this chinese man is ancient, and he speaks malays fluently.. then it strucked me to realize that we have no language barriers, no matter how different we are.. and we are actually living harmoniously.. serving one another on our basic needs and stuffs.. i feel blessed and thankful to God.. Malaysia is a peaceful country after all, simply by comparing it to her neighbours..

another service offered at the barber shop is "korek telinga".. this was fun, since i never witnessed any before.. at first cam takut gak aa tengok alat2 yang dikuarkan, all those pointy metal and sticks..ehehee.. my first thought when i saw those tools.. is it clean? to my relief it was steriled, ok... orang lama pun tau kepentingan sterilization ni.. one of his equipment yang sangat mencuit hati aku ialah, the most important of all, torchlight.. which is strapped on a microphone stand with a duct tape, ehehehehe... he claimed that the torchlight on the stand had serviced him for more than 30 years already and never fails..

memang bersih kilat la telinga abang, and his hearing ability increases!!! good.. i wished i had my k800 that time, to capture the moment, tapi i just have to keep it in memory for the mo until abang's next visit.. i want to bring a camera for sure!! simple things, big impacts, maybe just for me, but i am grateful for that.. nyehnyeh..

about 3 nights ago, as i was driving home from office, an animal crossed the road in front my car.. no ordinary road kill victims, this one can get me killed.. be prepared for an armadillo!!!

yes, no kidding, an armadillo crossed the road, and judging from its size, memang kereta aku bleh terbalik kalau aku langgar je mamat tu, kulit dia ni keras, paling² pun dia curled up jadik bola je.. aku nekad je swerve to the right and expecting to hear a loud thump, tapi alhamdulillah, my action was timely, and it saved us both.. and you know what comes out from my mouth when i first saw that mamat.. "armadillo..armadillo..armadillo..armadillo" repeatedly like possesed.. i was so shocked sampai aku dah tak bleh cakap melayu dah..ahahahaha.. and how i laughed after the incident... relieved and thankful mixed..

oh ye, im moving to a new house lepas raya ni, dan aku sangat berpuas hati dengan rumah ini, a kampung house, separuh papan separuh kayu, sangat luas.. sangat.. dan kawasan halaman yang sangat luas.. dengan pokok² bunga, pokok ru, buaian.. what heaven!! dulu amy ngan nuar duduk sini, tapi nuar dapat keje kat technip so im seizing the opportunity.. dan luck is on my side!! dapat la aku sambung sewa diorang.. it cost me an extra hundred permonth dari sekarang, tapi dengan rumah yang sebegitu indah dan jarak yang sangat dekat dengan ofis, aku terima dengan hati penuh bunga², ALHAMDULILLAH... so i guess i'll not be seeing any armadillo again.. fuuhh...

already in festive mood, not so motivated to do office works.. to my dear friend seri.. aku hanya boleh cakap, tapi ko yang rasa, dan aku bleh faham apa ko rasa.. sabar la ye sayangku.. aku jauh dari ko tapi aku ada je kalau ko need a shoulder to cry on, i wont judge you at all.. it DOES hurts so much to be away from the one you loved, tapi this wont distance you both.. it will only makes the heart grows fonder.. sabar la ye seri ku sayang...

adios,
xoxo

hari² sengal..  

Posted by azheazam

sengal.. tapi bukan aku...

ada mamat sorang ni, huhuuu.. pasal keje part time ni la, yes i know im sending email that to some people wud consider as spam.. tak pela, awak tak suka delete laa..

why take the effort to reply, and replying it to ALL in the list.. semata² nak cakap aku gi jahanam..huhuhuuu.. kalau 40 orang baca, 40 orang la cakap aku gi jahanam... sedih kan tu...

huhuu, takpe la i did not keep grduges, biasala perangai manusia mcam², satu je pegangan aku, kalau aku ditipu, atau menipu, terlepas di dunia mungkin selamat, tapi janji ALLAH di padang mashar tetap tak terlepas, terpulangla pada orang nak cakap apa, hak masing² punye mulut..

eheheeheh, kelakar pun ada gak.. akak opes aku gelak gila.. it is very funny, she claimed.. yang sedikit sebanyak melegakan hati aku jugak laa..ehehehe thanks to you, kak shidah!!!

pagi tadi, on my way to the office, aku passed by a school.. aku tengok sume student dia kat kantin, reading.. and it brought back a sweet memories back to my schooling years at SSP, 0700 to 0720 is supposed to be Reading Programme, tapi for me and a few others, yang pastinya tote.. hari isnin je ia akan jadi Buat-Nametag-Dari-Kertas-Plus-Asking-Around-Sape-Ada-Badge-Lebih-Programme, i cannot remember reading anything during that 20 mins period at all.. mungkin ada la, bila hari tu ada test, atau exam week.. other than that, i wonder apa aku and the rest of the "basketball-court-circle-group" a.k.a my geng buat masa tu... hemm...

dah 1630, nak kena balik dah ni... aku masak tau bukak pose, do not under estimate me, and my cooking, aku tak adala kasik orang lain makan, aku je makan, tapi aku masih lagi hidup dan bernafas dengan sehat ni maknanya i am capable of cooking without killing anyone, good azie!!

selamat berbuka, jangan makan banyak sangat, nanti ruku' semayang tertonggeng plak, perut berat!!

adios,
xoxo

minggu mengumpul kesabaran  

Posted by azheazam

recently, aku ada sedikit ketidakpuasan hati ngan seorang hamba Allah..
satu ayat je aku nak cakap kat dia, (but I never will, tak nak carik gaduh bulan pose ni)

"ACT YOUR AGE"

tolong la seriously!!! aku dah tak tahan nak tengok perangai ko yang sentiasa berlagak cam ko hypp sangat!! sedangkan, you do look your age, tak ada sekilas pun air muka ko nampak ko muda.. so PLEASE!!! ACT YOUR AGE!!! its EMBARASSING!!..

phew.. l.e.g.a...

ada lagi seorang hamba ALLAH..
ayat aku nak cakap kat dia ialah,

"LOOK AROUND YOU, ORANG DAH MENGATA BANYAK, AKU DAH PENAT TEGUR KO SUGAR COATED, TOLONGLA COME BACK DOWN TO EARTH, ORANG DAH PENAT NAK MELAYAN MASALAH YANG KO CIPTA SENDIRI"

phew phew... double L.E.G.A...

tapi sebenarnya tak la lega sangat, aku rasa that particular person pun tak tau aku tuju kat dia, ehheeheh.... tapi takpela.. Ya ALLAH, Kuatkan la hati aku menghadap kerenah umat Mu yang pelbagai ini... AMIN..

life is GREAT macam mana pun, with OKAH n OKID, even BETTER!!
sekarang dah manja lebih², dah aku layankan..eheheeh
i can get along dengan lebih baik lagi sekarang dengan family abang..aku harap bleh betul² fit in..
bisnes pun Alhamdulillah, so far so good, and so does my part time..
belajar WASATIAH.. itu penting dalam dunia sekarang yang penuh dengan ekstremis, fanatics, dan penuh ke"over"an.. b-a-c-k-2-b-a-s-i-c-s..

cuti raya dah approved!! oh yeah, eventhough ada satu je hari aku kena fake kan sakit, ehehehee
lama tu nyah, mak nak cuti.. haaa jaga nko!!!
mungkin.. ini raya terakhir aku as single kot.. apsal aku ada rasa sedeh...

aku rindu tote laa..opss lina.. dah lama tak mengarut ngan ko la tote.. opss lina..
sejak fon aku hilang ritu, kurang dah call ko, kalau tak bil fon aku tak ada la number orang lain..

lina oh lina.. my partner in almost everything, you name it.. crime, bisnes, love, laugh, tears, jerks, dorks, etc etc etc....





adios,


xoxo

munajat seorang hamba  

Posted by azheazam

a song touched my heart today... betapa agungnya kuasa Tuhan,
masih boleh lagi menerima hambaNya yang tak pernah lekang dari melakukan dosa..
sekiranya hambaNya ingin kembali..

~~~~~~~~~
Munajat Seorang Hamba
Artist: Hijjaz
Album: Cahya Ilahi
Song Category: Nasyid

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

~~~~~~~

aku selalu rasa macam ni, diterima ke amalan aku, usaha aku.. sebab aku dah banyak buat silap..
tapi.. syurga dan neraka tu kan Allah yang punya.. hanya DIA yang boleh tentukan ke mana akhirnya kita.. dan aku yakin pada kasih dan cintaNYA...
tetapkan hati ku kepadaMU Ya Allah...


i add this song and some few others in my imeem list,
h.a.p.p.y LISTENING!!

adios,
xoxo

bulan ramadhan...  

Posted by azheazam

selamat berpuasa buat sume..

in this holy month of RAMADHAN, aku nak kurangkan bercakap,
lagi banyak bercakap lagi banyak yang tak bermanfaat aku cakap...
lagi banyak tak bermanfaat, lagi banyak kesilapan...
lagi banyak kesilapan nanti lagi banyak la dosa...
cukupla dengan dosa² aku yang selama ni dah terlalu banyak...
huhuhuuu...

bulan ramadhan ni jugak, aku nak belaja sebaik mungkin untuk menjadi mutiara tulen..
tak mo dah yang tiruan, celup² ngan plastik... aku rasa dah lebih dari sampai masa pun...
ikhlas dari hati aku, lebih lama aku berusaha mendalami agama yang aku anuti dari lahir ni...
lagi tenteram hati aku, lagi kurang amarah aku... dan aku sememangnye terkenal dengan sifat pemarah dan cepat melenting...
aku tak bleh janjikan aku akan terus berubah dan kekal selamanya, aku harap begitulah..
tapi yang utama kat sini, aku nak berusaha....

from amieheidi jugak aku ada baca yang bukan lelaki sahaje kena menjaga pandangan, perempuan juga.. :)
nampaknye lepas ni, aku kena la turunkan pandangan dari pandang anak² ikan mantap² yang sememangnye bersepah di yard ni (eish payah ni) .. tapi kalau terpandang, sekali tu rezeki.. :)

dalam minggu² terakhir sebelum puasa ni, aku banyak diuji.. kawan² rapat dan family aku ada yang sampai risau, kenapa malang bertimpa kat aku ni.. mula dengan henset aku yang hilang.. cuai, aku letak atas bumbung kete waktu borak² ngan kawan dan kemudian aku lupa nak amek, sebenarnya waktu letak henset tu atas kete tu dalam hati aku dah terdetik yang aku akan lupa henset ni dan akan hilang, tapi besar kuasa tuhan, dah ditakdirkan bukan rezeki aku lagi k800 tu, aku letak jugak.. aku halalkan la pada siapa yang jumpa tu, anggapla tu zakat harta dari aku.. (ayat² orang yang cuba untuk redha)

pastu sehari sebelum merdeka ritu plak, aku pi parking kete kat depan opes, ntah la apa kena aku, kete dah berhenti, tapi kaki aku macam di luar kawalan gi tekan pedal minyak kuat² (kete auto maa), apa lagi, terngiang² la bunyi dentuman yang memecah hening pagi pukul 8 di yard b telok ramunia, ehehehe.. aku langgar dinding opes maaa, dah la dinding opes aku besi, akibatnye.. main jonkang-jongket la bonet aku, bumper pun lekuk cam dah bleh takung air, alhamdulillah lampu depan tak pecah, dan yang paling aku bersyukur, aku tak apa².. walaupun kuat hentaman tu, aku sehat je.. cat aku seb baek tak tanggal kat bonet tu sebab ada pasang bendera, JALUR GEMILANG saved my car paint!! eheheeheh, aku cam terkejut beruk laa, tapi kalau aku jadik beruk pun tak guna gak, tak bleh reverse balik pun, jadi aku pun anggap la itu balasan tuhan cash bagi kat aku sbab aku cakap kete waja putih kat simpang tadi tu bodoh, masuk tak bagi signal.. dan sebenarnye kalau pagi² gi keje tu, aku selalu menaikkan darah orang dengan skill drive dah lambat nak masuk keje aku tu... ni sume balasan hasil sumpahan orang² kampung yang aku dah kumpul hari²... alhamdulillah aku masih boleh bernafas dengan jayanya hingga kini... tobat tak buat dah!!!

ntah apa la terjal sangat aku ni, dari start akil baligh sampai la ke laa, aku ni tak pernah nye nak dapat semayang terawikh tu buat penuh kecuali time cuti umum tu laa.. ada je alasan aku, dah nama pun alasan, banyak je idea aku menciptanya, tapi tahun ni, aku nak cuba... selagi termampu dan terdaya, aku nak buat jugak semayang terawikh ni.. kalau pikir balik pun, tak buat terawikh buat apa je time tu, tengok tv? shopping? tu sepanjang tahun pun bleh buat.. tapi terawikh ni, bulan ni je... sekali ni je setahun..hemm motivasi diri, renung² kan dan selamat beramal!!!

pada kawan² aku yang tak abes² nak berdebat politik tu, kurang²kan la.. berhati-hati dalam pertuturan, nak debat punya pasal pun... ingat la kerana sesungguhnya yang hak dan yang batil itu hanya Allah yang mengetahui apa yang disembunyikan.. janji DIA di akhirat itu kekal benar, terlepas kat dunia, akhirat tak ada jalan keluarnya... apa² sekalipun, kita orang ISLAM, ada agama yang lengkap, balik la pada ISLAM, mesti ada penyelesaiannya.. (mesti ada orang nak cakap aku sokong PAS la tu) terpulang laa, hati masing², lu ngan tuhan je yang tau.. yang penting, UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!!! hahahahaha :p

eheheheeh.. aku plak lagi banyak bercakap, kata nak kurangkan, huh...
kalau ada aku tersinggung sape², aku mintak maaf banyak².. bukan niat aku..
blog ni macam online diary aku jee, tak ada kepentingan pada sape²..eheheheh

hari ni nak buka pose apa ea???

adios,

xoxo